Jumaat, 15 November 2019 | 2:28pm
DATUK Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Konsert Karya Agung Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

'Tak sangka Tun M datang'

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan Konsert Karya Agung Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Istana Budaya di sini, malam tadi, sebagai hadiah paling istimewa.

Siti memberitahu, kehadiran Dr Mahathir dianggap kejutan kerana pada mulanya, dia diberitahu, hanya isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sahaja yang hadir.

“Tak sangka pula Dr Mahathir turut serta kerana Siti difahamkan, beliau sangat sibuk dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor.

“Bagaimanapun, pada saat akhir, Perdana Menteri bersetuju datang. Siti dapat tahu petang tadi (semalam). Ini hadiah paling istimewa buat diri ini,” katanya kepada BH Online.

DR Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyaksikan Konsert Karya Agung Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Berdebar sebaik mendapat tahu Perdana Menteri ada dalam kalangan penonton, penyanyi Anta Permana berkata, perasaan gementar hilang sebaik Dr Mahathir memuji persembahannya itu.

“Ketika bertemu selepas konsert, Dr Mahathir beritahu beliau suka konsep persembahan yang bukan sahaja memerlukan saya menyanyi tetapi menari,” kata penyanyi berusia 40 tahun ini.

Yang turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Antara lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah yang dinyanyikan Siti pada malam itu adalah Cindai, Balqis, Nirmala, Kurik Kundi, Hati Kama, Ya Maulai dan Kudus Sinarmu.

Selain Siti, konsert lebih dua jam itu turut menyaksikan kehebatan empat penyanyi lain iaitu Syamel, Ernie Zakri, Asmidar dan Rojer dalam menyampaikan lagu ciptaan komposer yang terkenal dengan karya Irama Malaysia itu.

Allahyarham Pak Ngah yang mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada 25 September tahun lalu.

DATUK Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Konsert Karya Agung Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
DATUK Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Konsert Karya Agung Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X