Selasa, 14 Januari 2020 | 1:00pm
Sasha bakal bernikah dengan jejaka dikenali sebagai ‘Mr W’ yang juga duda anak dua, minggu depan. Foto Ihsan Sasha Saidin
Sasha bakal bernikah dengan jejaka dikenali sebagai ‘Mr W’ yang juga duda anak dua, minggu depan. Foto Ihsan Sasha Saidin

Sasha ikut bakal suami berhijrah ke Asia Barat

KUALA LUMPUR: Sudah namanya jodoh, Sasha Saidin yang bergelar ibu tunggal sejak lapan tahun lalu, bakal bernikah dengan jejaka dikenali sebagai ‘Mr W’ dan mengikut suami berhijrah ke sebuah negara di Asia Barat.

Sasha, 43, mengaku bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang juga duda anak dua di sebuah lokasi di ibu negara, minggu depan.

“Saya teruja kerana selepas berkahwin, saya dan anak-anak akan berhijrah ke Asia Barat mengikut bakal suami. Ini seperti pengembaraan baharu.

“Namun, pada masa sama, gementar dirasakan kerana fasa baharu buat saya. Insya-Allah, saya akan sering pulang seperti ketika menyambut Aidilfitri,” katanya kepada BH Online.

Sasha yang juga kakak kepada Zain Saidin berkata, sejak merancang berkahwin, banyak tawaran berlakon menerpa.

“Itulah, apabila cakap nak berkahwin, banyak tawaran berlakon diterima. Namun, saya perlu mengutamakan persiapan perkahwinan dan membina hidup baharu.

“Saya anggap ini dugaan kecil yang membuatkan hati sedikit goyah atau dilema,” katanya.

Tambah bekas anggota kumpulan Elite itu, majlis yang dirancang cukup sederhana dan lebih mengutamakan amalan wajib.

“Sehari sebelum majlis akad nikah, keluarga menganjurkan majlis khatam al-Quran,” katanya.

Berita Harian X