Isnin, 27 Januari 2020 | 3:30pm
Pelakon, Nad Zainal masih menanti kehadiran cahaya mata kedua. NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Nad hamil lagi?

KUALA LUMPUR: Gara-gara memuat naik rakaman video menahan muntah mengundang spekulasi pelakon, Nad Zainal kini sedang berbadan dua.

Warganet menyangka isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin mengandung apabila Nad berkongsi status di IG Story ketika menjalani penggambaran drama Makcik Bawang, baru-baru ini.

“Pantang mual mengandung ya. Penat pun mual, tekanan darah rendah pun mual tau. Thank you tapi saya okay," tulisnya menafikan sedang berbadan dua.

Enggan memanjangkan perkara itu, Nad bertindak memadamkan video berkenaan.

Nad berkata, kesihatannya dalam keadaan baik, bukan sedang alahan kehamilan.

“Saya tak ada masalah kesihatan, mengandung pun tidak. Ia hanya mual biasa.

“Apapun, saya menerima doa yang baik-baik,” katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai anak kedua, Nad berkata dia tidak pernah menolak rezeki yang dikurniakan.

“Saya tak pernah merancang, malah menantikan kehadiran cahaya mata kedua,” katanya ringkas.

Nad berkata, drama Makcik Bawang yang dibintangi adalah kisah benar.

“Saya memegang watak Isha dan berniaga bawang kisar. Isha, nama sebenar wanita yang menjalankan perniagaan berkenaan.

“Saya akan menjalani penggambaran telefilem Sebelum Pulang arahan Bade Azmi sejurus selesai penggambaran. Ia turut dibintangi Wan Maimunah, Datuk Jalaludin Hassan dan Amyza Aznan,” katanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Mereka dikurniakan anak lelaki, Fahad Ibrahim yang kini berusia empat tahun.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X