Rabu, 19 Februari 2020 | 12:29am
Foto keluarga Aishah bersama arwah Ashraf.
Foto keluarga Aishah bersama arwah Ashraf.

'Detik sukar buat kami sekeluarga'

KUALA LUMPUR: “Hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga.”

Itu luahan Aishah, adik pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair, kepada BH Online berhubung pemergian abang tersayang, pagi semalam.

“Maaf lambat balas (mesej). Hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga.

“Kehilangannya memberi kesan yang teramat dalam buat saya dan keluarga,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Sejak pagi semalam, Aishah yang juga pelakon dan penyampai radio Mix FM, Aishah tidak memuat naik sebarang entri di media sosial, sehinggalah 30 minit tadi.

Entri dimuat naik Aishah yang memaparkan pusara arwah Ashraf.
Entri dimuat naik Aishah yang memaparkan pusara arwah Ashraf.

Dalam entri itu, Aishah berkongsi foto hitam putih pusara abangnya diiringi keterangan berikut:

“Tempat berehat terakhir buat kamu. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, membuat panggilan dan ‘terbang’ ke Jakarta untuk arwah abang saya.

“Hari yang cukup mencabar buat saya dan keluarga pernah lalui. Cinta dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Satu yang pasti, abang saya amat disayangi,” katanya.

Aishah bersama arwah abangnya.
Aishah bersama arwah abangnya.

Gambar Aishah (kanan) bersama Ashraf (kiri) dan Adam ketika kanak-kanak.
Gambar Aishah (kanan) bersama Ashraf (kiri) dan Adam ketika kanak-kanak.

BH Online semalam melaporkan, Aishah mendapat berita pemergian Ashraf, kira-kira 10 minit sebelum ke udara.

Allahyarham Ashraf meninggal dunia di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 waktu Malaysia, semalam selepas serangan jantung.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X