Sabtu, 22 Februari 2020 | 11:00am
Kisah cinta BCL dan arwah Ashraf bagai tersirat dalam lirik lagu Cinta Sejati yang kembali popular sekarang. Foto IG Bunga Citra Lestari
Kisah cinta BCL dan arwah Ashraf bagai tersirat dalam lirik lagu Cinta Sejati yang kembali popular sekarang. Foto IG Bunga Citra Lestari

Lagu BCL popular semula

KUALA LUMPUR: Lagu Cinta Sejati dendangan Bunga Citra Lestari (BCL) yang dilancarkan pada 2013, kembali popular selepas pemergian suaminya, Allahyarrham Ashraf Sinclair, Selasa lalu.

Simpati dengan nasib menimpa BCL dan anaknya, Noah Aidan Sinclair yang kehilangan bapa pada usia 10 tahun, netizen mula mencari lagu dendangan penyanyi itu yang menggambarkan kesedihan ditanggung.

Semakan mendapati, lagu Cinta Sejati ciptaan Melly Goeslow yang menjadi runut bunyi filem pecah panggung, Habibie & Ainun yang turut dilakonkan BCL, menduduki senarai teratas lagu penyanyi itu yang paling diminati, malah trending di enjin pencarian Google.

Bait lirik berbunyi ‘aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu’ dan ‘kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku’ cukup mengusik emosi pendengar, apatah lagi mengenangkan kesedihan BCL.

Mendengar bait ‘saat aku tak lagi di sisimu’ dan ‘kutunggu kau di keabadian’ juga mirip kisah hidup BCL yang kehilangan insan tersayang.

Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Berita Harian X