Sabtu, 14 March 2020 | 6:44pm
Syaheera berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata keempat hasil perkongsian hidup dengan Fad di Instagram. Foto IG Syaheera A Rahman
Syaheera berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata keempat hasil perkongsian hidup dengan Fad di Instagram. Foto IG Syaheera A Rahman

Fad Bocey bakal timang anak keempat

KUALA LUMPUR: Pelawak Fad Bocey meraikan ulang tahun kelima perkahwinan dengan berita gembira apabila isterinya, Nur Syahirah A. Rahman atau Syaheera mengumumkan dirinya hamil anak keempat.

Berita mengenai kandungan yang memasuki usia dua bulan itu dikongsi Syaheera melalui foto alat pengesan kehamilan yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.

“Selamat ulang tahun yang kelima daddy. Moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumah tangga dan keluarga kita.

“Tiada yang istimewa tahun ini tetapi ada rezeki yang paling istimewa. Hendak tengok kena ‘slide’ lah. Hampir dua bulan dan mommy minta maaf kerana tiada sambutan istimewa

“Hendak bangun berdiri pun tak mampu lagi. Sangat teruk trimester pertama ini. Semoga lebih kuat selepas ini kerana banyak kerja tertunggak,” katanya kapsyen mengiringi entri berkenaan.

Menerusi perkongsiannya, Syaheera memuji Fad yang disifatkan cukup rajin membantu menguruskan keluarga ketika dia mengalami alahan teruk.

“Terima kasih daddy kerana uruskan semua, jaga makan minum mommy dan anak-anak. Malah, urusan persekolahan anak-anak pun daddy siapkan. Hanya Allah yang dapat membalasnya... Awaklah suami terbaik,” pujinya.

Perkongsian itu mendapat lebih 47,000 tanda suka dan 461 komen pengikut Syaheera termasuk rakan selebriti. Antaranya pelakon Fasha Sandha, Hanez Suraya, Almy Nadia serta penyanyi, Syura Badron.

Fad dan Syaheera bernikah pada 14 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.

Berita Harian X