Khamis, 26 March 2020 | 8:32pm
SENIMAN dan PROFIMA mengambil inisiatif mengagihkan barangan keperluan harian kepada ahli bagi meringankan beban selepas pendapatan terjejas. Foto Ihsan SENIMAN
SENIMAN dan PROFIMA mengambil inisiatif mengagihkan barangan keperluan harian kepada ahli bagi meringankan beban selepas pendapatan terjejas. Foto Ihsan SENIMAN

COVID-19 : SENIMAN agih barangan keperluan kepada penggiat seni

KUALA LUMPUR: Program Bantuan Inisiatif anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) diharap dapat meringankan beban ahli sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya mengambil Inisiatif mengagihkan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada ahli.

“Untuk program amal ini, kami bergabung dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) untuk membeli barangan keperluan dan diagihkan kepada ahli masing-masing.

“Antara barangan yang diberi adalah beras, gula, minyak, tepung dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Zed berkata, persatuan sedar sejak pelaksanaan PKP, ramai ahli tidak bekerja berikutan penggambaran dihentikan.

“Apabila ini berlaku, secara tidak langsung, pendapatan mereka terjejas. Saya terima banyak panggilan telefon daripada ahli yang mengadu nasib mengenai kepayahan mereka.

“Kita sedar, dengan pelaksanaan PKP, ramai ahli tiada kerja apabila semua penggambaran ditunda.

“Apabila ini berlaku, secara tidak langsung pendapatan mereka terjejas. Saya terima banyak panggilan telefon mengadu nasib atas kesusahan mereka.

“Dengan duit tabungan yang ada, sumbangan individu, anak seni dan wang saku pucuk pimpinan SENIMAN, kita cuba bantu apa yang terdaya,” katanya.

Zed atau nama sebenar, Rozaidi Jamil berkata, program pengagihan barangan keperluan berlangsung dua hari bermula jam 10 pagi tadi.

“Program ini disambung esok mulai jam 2 petang. Ahli perlu menunjukkan kad keahlian sebelum dibenarkan mengambil barangan.

Zed berkata, pihaknya mengamalkan penjarakkan sosial dan kaedah pandu lalu bagi mengelak ahli berkerumun ketika kerja pengagihan dibuat.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X