Jumaat, 10 April 2020 | 10:43pm
Glenn Fredly dan Mutia Atu hanya sempat melayari bahtera rumah tangga selama lapan bulan, sebelum penyanyi Januari itu meninggal dunia akibat penyakit radang otak. - Foto Instagram Mutia Ayu
Glenn Fredly dan Mutia Atu hanya sempat melayari bahtera rumah tangga selama lapan bulan, sebelum penyanyi Januari itu meninggal dunia akibat penyakit radang otak. - Foto Instagram Mutia Ayu

Isteri luah rindu, kongsi video Glenn

KUALA LUMPUR: Pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly memberikan kesedihan mendalam buat isterinya, Mutia Ayu.

Belum sampai 48 jam peninggalannya, Mutia memuatkan video kenangan ketika menemani Glenn di pentas. Menerusi keterangan ringkas, Mutia menitipkan kerinduan buat mendiang suaminya itu.

Ia cukup menggambarkan gelojak hati wanita yang kehilangan suami tercinta pada saat bahtera rumah tangga yang dibina baru menginjak lapan bulan.

Video berdurasi 0.25 saat itu menyaksikan penyanyi dangdut itu menemani suaminya mengadakan persembahan sempena Konsert Cokelat di Jakarta, Indonesia pada 13 Februari lalu.

Dalam video itu, Glenn dilihat merangkul tubuh Mutia yang sedang sarat mengandungkan puteri sulung mereka, Gewa Atlanta Syamayim Latuihamallo.


View this post on Instagram


Kangen Kamu @glennfredly309

A post shared by (@mutia_ayuu) on

Gewa dilahirkan pada 28 Februari lalu. Malangnya, mendiang Glenn hanya dapat menatap wajah puterinya dalam tempoh 40 hari sahaja.

Tidak sampai beberapa jam dimuat naik, video romantis itu menerima lebih 6,000 dan lebih 1.7 juta tontonan.

Isnin lalu, mendiang Glenn dimasukkan ke Rumah Sakit Setia Mitra, Cilandak, Jakarta Selatan pada Isnin. Kondisi kesihatan penyanyi kelahiran kepulauan Maluku itu mula hari demi hari.

Penyanyi berusia 44 tahun itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.47 petang (7.47 waktu tempatan) akibat penyakit meningitis atau radang otak.

Mendiang Glenn selamat dikebumikan petang semalam di TPU, Tanah Kusir, Jakarta Selatan. Biarpun keluarga meminta peminat mendoakan pemergian penyanyi itu dari jauh, tetapi tanah perkuburan dibanjiri peminat. Malah, ada yang histeria seakan tidak dapat menerima pemergian penyanyi kesayangan ramai itu.

Berita Harian X