Jumaat, 24 April 2020 | 9:02pm
Entri dimuat naik BCL pada IG Story di mana penyanyi itu berharap semua pihak beroleh keberkatan Ramadan. Foto IG BCL
Entri dimuat naik BCL pada IG Story di mana penyanyi itu berharap semua pihak beroleh keberkatan Ramadan. Foto IG BCL

BCL mohon maaf sempena Ramadan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, Februari lalu, mengaku Ramadan kali ini tidak sama.

Melalui entri dimuat naik di Instagram (IG) Story, BCL, bagaimanapun berharap semua pihak dapat menyempurnakan ibadat puasa dengan lancar.

"Selamat menunaikan puasa Ramadan 1441 Hijrah untuk teman-teman semua.

"Biarpun Ramadan tahun ini berbeza, aku harap kita semua akan dapat menjalani ibadat dengan lancar.

"Semoga bulan ini membawa banyak berkat untuk kita semua... Mohon maaf lahir dan batin," katanya.

Perkongsian itu memaparkan foto penyanyi Cinta Sejati ini mengenakan telekung bercorak bunga.

Pada 18 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian arwah Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta.

Pemergian Ashraf meninggalkan kesan mendalam kepada BCL dan anak mereka, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.

Berita Harian X