Khamis, 28 Mei 2020 | 6:10pm
Pelakon lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan serta melarikan isteri orang akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang, pagi esok.
Pelakon lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan serta melarikan isteri orang akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang, pagi esok.

Pelakon lelaki didakwa larikan isteri orang dihadapkan ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan serta melarikan isteri orang akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berusia 24 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Dia akan didakwa di Mahkamah Ampang pada 9 pagi esok, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, BERNAMA melaporkan polis menahan lelaki terbabit selepas dia selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang. BERNAMA.

Berita Harian X