X
Khamis, 9 Julai 2020 | 5:40pm
Sharifah Sakinah menjelaskan keputusan berpisah dibuat selepas mengambil kira kepentingan puteri tersayang, Anais Adha. Foto IG Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah menjelaskan keputusan berpisah dibuat selepas mengambil kira kepentingan puteri tersayang, Anais Adha. Foto IG Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga runtuh

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai sejak Mei lalu.

Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

"Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. Foto IG Anais Adha
Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. Foto IG Anais Adha

"Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun," katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.

"Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi 'dating' ... itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

"Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing... Itu sebaik-baiknya," katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Kasih Tau Foo Fah berganding dengan Michael Ang.

Telefilem itu akan disiarkan TV3 pada 29 0gos depan.

Berita Harian X