Sabtu, 15 Ogos 2020 | 1:15pm
Eyra Hazali dan Haziq Nadzli menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish. - Foto IG Haziq Nadzli
Eyra Hazali dan Haziq Nadzli menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish. - Foto IG Haziq Nadzli

Hayder Qhalish permata hati Eyra, Haziq

KUALA LUMPUR: Selepas 21 jam bertarung dalam wad dan dewan pembedahan, pelakon Eyra Hazali, 21, selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan di ibu kota, jam 2.18 petang, semalam.

Bayi dengan berat 3.25 kilogram itu menjadi tanda cinta Eyra bersama bersama penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli.

Menerusi perkongsian dalam laman Instagram, Haziq berkongsi foto dan nama bayi mereka, sebenar tadi.

"Alhamdulillah, 14 Ogos 2020, jam 2.18 petang, Muhammad Hayder Qhalish hadir dalam keluarga. Semoga keluarga kecil kami dilindungi dan diberkati Allah," kata Haziq menerusi kapsyen yang ditulis.

Eyra Hazali dan Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan didapati hamil tiga bulan kemudian. - Foto IG Eyra Hazali
Eyra Hazali dan Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan didapati hamil tiga bulan kemudian. - Foto IG Eyra Hazali

Sementara itu, Eyra berkata, dia bersyukur semuanya selamat biarpun mengambil masa hampir 24 jam bertarung.

"Alhamdulillah, biarpun makan masa lama, semuanya dipermudahkan.

"Impian saya nak bersalin normal jadi kenyataan," katanya kepada BH Online.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Eyra mengambil cuti berlakon setahun untuk menumpukan perhatian pada anak dan suami.

Berita Harian X