Selasa, 4 Disember 2018 | 10:36am
PERCUTIAN santai dikelilingi suasana alam beri kelainan kepada pengunjung.

Perkhemahan unggun api menyeronokkan

LARI daripada kelaziman di pusat percutian hotel mewah, Marina Island Pangkor Resort & Hotel, Perak apabila pengunjung menyediakan perkhemahan unggun api bagi melahirkan keunikan di pulau itu.

Nikmati percutian santai dikelilingi suasana alam berserta unggun api adalah satu kepuasan bagi mereka yang mencari ketenangan dan kelainan selepas sekian lama berada di bandar.

Nyalaan unggun api berserta pemandangan pokok yang mengelilingi khemah mampu memberi pengalaman percutian baharu bagai berada di hutan buat pengunjung di situ.

Tapak perkhemahan di sini mampu menempatkan 100 buah khemah pada satu-satu masa di mana bukan sahaja keluarga boleh bercuti di sini namun sekiranya sesebuah organisasi ingin melakukan aktiviti tahunan adalah amat digalakkan.

Meskipun pulau ini cuba membawakan konsep percutian di khemah dengan suasana unggun api, namun pihak hotel berkenaan turut menyediakan kemudahan seperti tandas yang terletak berdekatan dengan tapak perkhemahan itu.

Di samping, pengunjung juga boleh bersantai dan bermain air kerana pesisir pulau ini terletak berdekatan dengan tapak perkhemahan itu.

Pengunjung belajar aktiviti barbeku

Sementara itu, Pulau Marina turut menyediakan aktiviti barbeku dan pengunjung boleh belajar aktiviti itu sambil dipantau oleh tukang masak hotel.

Antara menu barbeku yang disediakan adalah perapan kambing, ayam, ikan, udang dan sosej berserta tiga pilihan sos iaitu sos asli lada hitam, sos lada hitam dengan campuran cendawan dan sos herba barbeku.


AKTIVITI berbeku disediakan di Pulau Marina.

Menu yang menjadi tumpuan adalah barbeku perapan kambing kerana rasanya perasan yang mantap walaupun di bakar serta dagingnya yang tidak liat menyerlahkan lagi kenikmatan kambing itu dalam setiap gigitan.

Bagi sosnya pula, sos lada hitam campuran cendawan amat sesuai dihidangkan bersama hidangan barbeku kerana sos ini tidak menghilangkan rasa dan bau hidangan yang dibakar itu.

Namun bagi yang menggemari kekuatan rasa lada hitam dan keharuman herba boleh menikmati hidangan bersama sos yang lain.

Ingin menjadikan aktiviti barbeku lebih menarik, pengunjung boleh memilih tema barbeku seperti tema Hawaii di samping pihak Marina ada menyediakan perkhidmatan tarian untuk memeriahkan aktiviti percutian pengunjung di situ.


PERMAINAN yang terdapat di Taman Tema Air Hippo Frenzy di Pulau Marina.

NYALAAN unggun api berserta pemandangan pokok yang mengelilingi khemah mampu memberi pengalaman percutian baharu.

Berita Harian X