Isnin, 29 Julai 2019 | 12:32pm

Hagia Sophia, Masjid Biru gamit pelancong ke Istanbul

ISTANBUL: Kepada masyarakat Barat, Turki bukan sebahagian daripada mereka walaupun lokasinya cuma dipisahkan oleh Selat Bosphorus antara Eropah dan benua Asia.

Namun, Ankara pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan terus memacu pembangunan luar biasa hingga Turki dipandang tinggi dunia Islam yang dianggap Tun Dr Mahathir Mohamad, setanding negara maju.

Bagi rakyat Malaysia, Istanbul adalah destinasi terbaru dan popular. Tahun lalu, 95,000 rakyat Malaysia berkunjung ke Istanbul.

Destinasi paling popular adalah Hagia Sophia, sebuah gereja yang dibina pada kurun keenam. Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul.

Selepas Empayar Uthmaniah tumbang, negara moden dan sekular Turki ditubuhkan, sekali gus menyaksikan masjid itu dijadikan muzium pada 1935.

Satu lagi tarikan utama ialah ‘Blue Mosque’, masjid yang terletak berhadapan Hagia Sophia, pada jarak kira-kira 300 meter.

Masjid itu dipanggil dengan nama Sultanahmet Camii dalam bahasa Turki. Namun, ia lebih popular disebut Masjid Biru kerana jubin di sekeliling reka bentuk dalaman berwarna biru.

Masjid itu dibina antara tahun 1609 dan 1616, ketika pemerintahan Sultan Ahmed 1.

‘Blue Mosque’, masjid yang terletak berhadapan Hagia Sophia, pada jarak kira-kira 300 meter.
Masjid Biru dipanggil dengan nama Sultanahmet Camii dalam bahasa Turki.
Ruang dalam Masjid Biru.
Masjid ini dibina antara tahun 1609 dan 1616, ketika pemerintahan Sultan Ahmed 1.
Berita Harian X