Ahad, 4 Ogos 2019 | 10:15am
Zulkafly (kanan) menunjukkan cara membuat labu sayong secara tradisional di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. - NSTP/Azhar Ramli
Pekerja, Amira Suraya Nadia Abu Bakar, 20, menyusun labu sayong di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. - NSTP/Azhar Ramli
Mohd Pareb menunjukkan labu sayong untuk jualan di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. - NSTP/Azhar Ramli

Labu sayong Kuala Kangsar

KIRA-KIRA 90 peratus industri pembuatan kraftangan tembikar seperti labu air di Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak, khususnya Kampung Kepala Bendang masih aktif.

Bagaimanapun, industri diwarisi generasi kelima itu masih bersemangat untuk dikekalkan meskipun sebahagian besarnya dilakukan dengan teknologi canggih.

Sepanjang jalan memasuki Kampung Kepala Bendang, kelihatan banyak bengkel pengusaha pembuatan tembikar yang dilihat suram. Tembikar kelihatan berhabuk, namun masih tersusun kemas di dalam kebanyakan bengkel.

Pengusaha tembikar, Adiguru Kraf, Zulkafly Pandak Bedin, berkata tempahan tembikar kelihatan perlahan sejak setahun yang lalu disebabkan kurangnya permintaan.

Beliau masih mengekalkan pembuatan tembikar labu secara tradisional semakin kurang memasuki bengkal sejak tahun lalu.

“Di kampung ini hanya tinggal saya berdua saja yang masih menggunakan kaedah tradisional, iaitu menggunakan tangan untuk membuat tembikar labu.


Zulkafly (kanan) menunjukkan proses pembakaran labu sayong secara tradisional di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. - NSTP/Azhar Ramli

Zulkafly sedang menyiapkan labu lepap secara tradisional. - NSTP/Azhar Ramli

“Saya mengusahakan kraftangan ini sejak 40 tahun lalu kini hanya membuat mengikut permintaan, itupun boleh di kira berapa banyak permintaan dalam sebulan.

“Saya belajar membuat tembikar ini sejak kecil dari arwah mak saya dan meneruskan sebagai punca pendapatan saya selama ini untuk membesarkan anak-anak.

“Hanya anak kelima daripada enam beradik yang nampak berminat untuk meneruskan kerjaya ini membuktikan industri kraf labu ini tidak akan pupus,” katanya.

Beliau yang sudah pencen sebagai salah seorang tenaga pengajar di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, namun mengakui akan tetap mempertahankan warisan tradisional pembuatan labu hingga akhir hayatnya.

Berbeza pandangan pengusaha bengkel tembikar, Moden dan Tradisional Sayong Pottery, Mohd Pareb Zamari, melihat industri kraf ini sudah jauh menembusi pelbagai negara di dunia masih berpotensi untuk ditransformasi kraf ini untuk kegunaan harian.


Mohd Pareb menunjukkan cara membuat labu sayong di Kampung Kepala Bendang. - NSTP/Azhar Ramli

Beliau mengusahakan kaedah pembuatan moden dan tradisional mengakui keistimewaan tanah sayong yang memiliki banyak khasiat memberi keupayaan industri itu untuk bertahan lama.

Tanah sayong adalah anugerah yang diberikan Allah untuk penduduk di Mukim Sayong ini dan tidak dimiliki di mana-mana di dunia ini.

Katanya, kelebihan tanah sayong ini juga sudah diketahui ramai pengusaha tembikar di seluruh dunia.

“Sebagai pengusaha generasi kelima, saya akan memastikan kaedah pembuatan tradisional perlu diteruskan untuk mengekalkan warisan identiti Kuala Kangsar khususnya Sayong sebagai pengeluar satu-satunya labu Sayong di dunia.

“Bagi merancakkan lagi industri ini, penggunaan teknologi moden perlu seiring bagi pengeluaran produk yang lebih produktif termasuk cepat, ketahanan, kreativiti dan pemasaran yang efektif,” katanya yang bertanggungjawab mengekalkan warisan nenek moyangnya.

Beliau berkata, selain tanah liat sayong, turut mengimport tanah ‘porcelain’ dari Jepun untuk membuat tembikar dan labu yang mempunyai ketahanan tinggi.

“Tidak dinafikan, tanah sayong banyak keistimewaan dan tidak perlu mencampur dengan mineral lain supaya lebih tahan lama.

Kelebihan tanah sayong adalah sebagai penapis klorin jika dimasukkan air paip di dalamnya untuk menyejukkan badan secara semula jadi.

“Berbeza tanah ‘procelain’ yang perlu dimasukkan beberapa bahan lain untuk lebih tahan.

“Tanah ‘porcelain’ lebih kuat selepas dimasukkan bahan lain dan mampu menghasilkan banyak tembikar menggunakan kaedah moden kerana ketahanannya mampu dibakar pada suhu 1,250 celsius,” katanya.

Beliau juga mendapat tempahan membuat penapis air dari tanah sayong untuk industri di Korea Selatan.


Zulkafly (kanan) menunjukkan cara membuat labu sayong secara tradisional kepada peserta Kembara Media Perak 2019 di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. - NSTP/Azhar Ramli

Info Industri labu sayong

• Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong terletak satu kilometer dari bandar Kuala Kangsar.

• Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia dan Padang Rengas.

• Ciri tanah liat mengandungi kandungan mineral tinggi

• Tidak mudah pecah dan berbau.

• Turut adakan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, dan penerbitan dokumentari.

• 6 cara hasilkan tembikar iaitu membentuk, membersih, meluru, hiasan/ukir, mengering dan membakar.

• 6 jam siap

• Teknik pembakaran bagi tembikar tanah sayong pada suhu 1,000 celsius dan tanah poslin pada suhu 1,250 celsius.

• Sayong, licin, lepap, canai, rincing dan kuala dua.

Teknik pembuatan:

• Pembuatan tradisional

• Pembuatan moden

• Throwing / teknik lemparan alin

• Teknik acuan

• Teknik sepuh

693 dibaca
Berita Harian X