Ahad, 8 March 2020 | 10:30am
PESERTA membawa bungkusan plastik anak ikan pada program Jeram Berungut melepas anak ikan ke dalam Sungai Kenaboi. - Foto Abnor Hamizam
PESERTA membawa bungkusan plastik anak ikan pada program Jeram Berungut melepas anak ikan ke dalam Sungai Kenaboi. - Foto Abnor Hamizam

Redah sungai, jeram

JELEBU, Negeri Sembilan mempunyai banyak tempat menarik untuk percutian santai bersama keluarga atau rakan, selain mampu lokasi itu mampu memancing pelancong untuk meneroka kehijauan alam semula jadi di daerah itu .

Bagi penulis sendiri masih lagi tempat menarik yang belum sempat diterokai sepenuhnya.

Jemputan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan bagi mengikuti program Jeram Berungut sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, baru-baru ini dianggap peluang terbaik dan teruja kerana belum pernah sampai ke sana.

Sebelum ini, penulis hanya mendengar daripada cerita mulut rakan yang pernah sampai ke sana dan menerusi pembacaan di internet.

Program Jeram Berungut diadakan membabitkan 52 agensi kerajaan di Jelebu dan disertai 160 kakitangan awam agensi berkaitan.

Jabatan perikanan pula, sebagai simbolik program anjuran Pejabat Tanah dan Daerah Jelebu, melepaskan 200 anak kelah dan 5,000 anak ikan lampam ke dalam Sungai Kenaboi.

Untuk ke sana, penulis menaiki kenderaan pacuan empat roda Jabatan Perikanan yang turut disertai Pengarahnya, Halimi Abu Hanip.

Dari Kuala Klawang perjalanan ke Taman Negeri Kenaboi mengambil masa kira-kira 75 minit dengan jarak lebih kurang 65 kilometer.

Selesai sarapan pagi, kesemua peserta berkumpul untuk bacaan doa, taklimat dan senaman ringan.

Jaket keselamatan turut diagihkan kepada peserta berikutan perlu mengharungi sungai.

Dari Taman Negeri Kenaboi ke Jeram Berungut penulis bersama peserta perlu berjalan sejauh 2.5 kilometer dan 80 peratus pergerakan di dalam air.

PESERTA melepaskan anak ikan pada program Jeram Berungut di Sungai Kenaboi. - Foto Abnor Hamizam
PESERTA melepaskan anak ikan pada program Jeram Berungut di Sungai Kenaboi. - Foto Abnor Hamizam

Memang seronok sebenarnya apabila dapat meraduk air sungai yang masih lagi jernih biar pun dasarnya dipenuhi batu sehingga memperlahankan pergerakan.

Penulis dan peserta lain ada yang terjatuh disebabkan memijak batu licin menyebabkan beg sandang turut basah.

Mujur telefon bimbit awal-awal sudah dimasukkan kedalam beg plastik kalis air.

Kami turut dibantu anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (APM) yang turut serta mengharungi sungai dan jeram yang dipenuhi batu selain mereka membantu membawa 14 bungkus plastik berisi anak ikan.

Penulis akui, memang seronok dapat bermain air dan tidak menghiraukan pakaian ganti dalam beg sandang basah terkena air sungai.

Selepas 90 minit, kami sampai ke tempat yang ditujui dan penulis teruja melihat persekitaran yang masih lagi tidak diusik oleh pembangunan.

Selepas melepas anak ikan, penulis tidak lepas peluang untuk mandi di sungai yang jernih dan bersih.

Teringat ketika masih kecil dulu, mandi sungai antara aktiviti dilakukan bersama rakan sekampung, malah pernah dijadikan tempat mandi-manda sebelum berkhatan.

Selesai mandi-manda dan menggigil kesejukan, penulis dan peserta meninggalkan Jeram Berungut.

PESERTA pada program Jeram Berungut melepas anak ikan ke dalam Sungai Kenaboi. - Foto Abnor Hamizam
PESERTA pada program Jeram Berungut melepas anak ikan ke dalam Sungai Kenaboi. - Foto Abnor Hamizam

Dalam perjalanan pulang itu, kami singgah di Kem Survival bagi melihat bagaimana ikhtiar hidup dijalankan antaranya menyalakan api, memasak nasi dalam buluh, mengenal buah hutan yang boleh dimakan dan memanggang ayam.

Demontrasi ikhtiar hidup itu ditunjukkan oleh petugas Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Penulis mengsyorkan jika ada kelapangan anda boleh datang ke Taman Negara Kenaboi, dengan hanya membayar permit masuk berharga RM5.

Sama ada berkhemah atau tinggal di bilik yang boleh disewa, semuanya terpulang kepada anda.

Bukan sahaja penulis tetapi peserta juga turut merasai keseronokan menerokai sebahagian kecil khazanah alam yang terdapat di Kenaboi.

Pemangku Pegawai Daerah Jelebu, Nurul Huda Musa, berkata beliau sangat teruja apabila dapat bersama mengikuti program dan merasai pengalaman berjalan di dalam air.

"Kita dapat lihat bagaimana peserta saling bantu membantu bagi mengatasi cabaran sepanjang perjalanan untuk sampai ke lokasi selain dapat melihat kehijauan hutan semula jadi,"katanya.

Bagi Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK ) Jelebu, Nurhanani Mohd Nor, berkata sejak tinggal di Jelebu ini adalah kali pertama datang ke Jeram Berungut.

Mengakui terpesona dengan kedamaian alam sekitar dan pemandangan cantik di situ, Nurhanani berhasrat mengadakan program AADK di sini, pada masa

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X