Khamis, 8 Ogos 2019 | 6:51pm
Menerokai keindahan air terjun tertutup atau The Rain Vortex yang menjadi tarikan utama di Jewel Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

Air terjun unik The Rain Vortex

Keindahan air terjun tertutup tertinggi di dunia dikenali The Rain Vortex setinggi 40 meter (m) terletak bersebelahan Terminal 1, Lapangan Terbang Changi, Singapura, pasti mencuri tumpuan.

Sejak April lalu, pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan penerbangan ke kota singa dapat menyaksikan The Rain Vortex dan Jewel Lapangan Terbang Changi (Jewel), iaitu dua produk pelancongan baharu wajib lawat, kini giat dipromosikan Lembaga Pelancongan Singapura untuk menarik kedatangan pelancong asing.

Jewel yang digelar hab baharu gaya hidup, mampu mengumpan pelancong mahupun pengembara dari seluruh dunia untuk menyaksikan The Rain Vortex, pertama seumpamanya di dunia yang direka oleh Moshe Safdie, iaitu arkitek sama pernah membangunkan Marina Bay Sands, Singapura.

Penulis tidak melepaskan peluang berswafoto berlatar belakangkan The Rain Vortex. Sekiranya anda berada dekat atau berdiri bersebelahan air terjun berkenaan, ia seolah-olah ‘hidup’ umpama air terjun semula jadi yang lazim kita temui di kaki gunung atau hutan belantara.

Rekaannya sangat menakjubkan dan luar biasa, begitu sempurna setiap titisan dan curahan airnya.


Menerokai keindahan air terjun tertutup atau The Rain Vortex yang menjadi tarikan utama di Jewel Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

Taman fantasi

Melihat pemandangan lebih jelas, pengunjung boleh berdiri di anjung tinjau yang menampilkan panorama memukau. Perkhidmatan sky train melintasi The Rain Vortex, menambah kehebatan rekaannya.

Pengunjung kali pertama menyaksikan panorama berkenaan, pasti leka merakamkan swafoto kerana hasilnya hebat.

Di sekeliling The Rain Vortex, turut dibangunkan hutan buatan dan taman setinggi empat tingkat. Penampilan baharu Jewel adalah inspirasi ‘city in a garden’.

Anda seolah-olah berada di sebuah ‘taman fantasi’ lengkap dengan air terjunnya. Manakala gadis cantik yang mundar-mandir berhadapan The Rain Vortex, umpama ‘bidadari’ dari kayangan yang muncul dalam mimpi indah.


Menerokai keindahan air terjun tertutup atau The Rain Vortex yang menjadi tarikan utama di Jewel Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

Lapangan terbang terbaik

Jewel juga dilengkapi gedung beli-belah serba baharu apabila penambahan deretan kedai dan restoran dilihat sebagai langkah pengurusan lapangan terbang memaksimumkan perniagaan untuk memberi lebih pilihan dalam kalangan pelancong bertandang di Lapangan Terbang Changi terutama di Terminal 1.

Jewel setinggi 10 tingkat, iaitu lima di atas dan lima lagi di bawah tanah, pasti memberi tamparan hebat kepada lapangan terbang lain di Asia kerana keunikan ditampilkan. Justeru, keindahan ‘city in a garden’ dalam lapangan terbang, kini menjadi kebanggaan Singapura di persada dunia.

FAKTA NOMBOR

  • 40 meter - Ketinggian The Rain Vortex
  • 10 tingkat - Bilangan aras Jewel

  • Menerokai keindahan air terjun tertutup atau The Rain Vortex yang menjadi tarikan utama di Jewel Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

    Lapangan Terbang Changi

  • 280 unit - Kedai dan restoran
  • INFO

  • Jewel Lapangan Terbang Changi adalah binaan unik dibangunkan bersebelahan Balai Ketibaan, Terminal 1, Lapangan Terbang Changi, Singapura
  • JDari Terminal 2 dan 3, Jewel Lapangan Terbang Changi boleh diakses menerusi jambatan penghubung atau link bridge, selain perkhidmatan sky train
  • JChangi Lounge yang terletak di Jewel Lapangan Terbang Changi memberi kemudahan daftar masuk awal, selain perkhidmatan pertukaran fly-cruise.
  • Berita Harian X