Jumaat, 21 Jun 2019 | 3:01pm
SET badang antara pilihan menu popular dihidangkan jenama Chicken Royale.

Nikmati ayam panggang Chicken Royale dalam talam

Apabila menyebut sajian ayam panggang pasti ramai membayangkan keenakan serta kulitnya yang rangup dibakar. Sajian lazat hasil perapan pelbagai herba sungguh membuka selera.

Pilihan jenama Chicken Royale pastinya tidak menghampakan pelanggan ketika berkunjung ke restoran yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Menu istimewa berasaskan ayam peri-peri tampil memberi kelainan apabila semua sajian empuk dengan perapan rempah ratus istimewa.

Lebih menyelerakan, hidangan set Badang menggabungkan semua menu utama Chicken Royale, disediakan dalam talam keluli tahan karat mengikut idea amalan sunnah Rasulullah SAW simbolik mengeratkan kasih sayang kekeluargaan.

Set menu memenuhi talam mengandungi ayam peri-peri, nasi arab, hirisan serong ketang, nuget, kentang goreng, salad yogurt, sos keju dan sos peri-peri.


PEMILIK jenama Chicken Royale, Mohd Nazri Md Akim, menunjukkan menu istimewa Chicken Royole, iaitu ayam peri-peri menerusi set badang yang digemari pengunjung.

Jenama yang sudah bertapak sejak 2016, dibawa bersama logo ayam bertanjak menjadi pilihan pemilik jenama, Mohd Nazri Md Akim. Logo melambangkan rasa mewah ayam peri-peri. Menu istimewa Portugis walaupun cuma dijual menerusi trak makanan di kawasan jalanan.

Merasai keenakan ayam peri-peri ini, ternyata memang sedap kerana rasa ‘juicy ‘ ayam dimasak menggunakan api perlahan selama dua jam di dalam ketuhar begitu menjadi.

Mohd Nazri berkata, hanya ayam dara segar dipilih, diperap dengan 14 rempah selain diperap selama 24 jam. Sajian enak dipanggang tanpa minyak, menjadi pilihan pelanggan yang begitu menggemari sajian berasaskan ayam.

Hidangan lebih menyelerakan dengan dicicah sos peri-peri pilihan pedas, masam dan sedikit manis. Ayam Peri Peri Chicken Royale dijual pada harga RM25 seekor.


AYAM peri-peri daripada jenama Chicken Royale ini dijual dengan harga berpatutan tetapi tampil dengan keenakan luar biasa di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

“Chicken Royale menerapkan tema kegemilangan Melayu dengan pemilihan tanjak sebagai signatur sebagai lambang kekuatan kedaulatan kerajaan Melayu suatu ketika dulu.

“Pada masa sama, kami mempopularkan kembali nama lama watak hikayat Melayu seperti Teja, Tuah, Mahsuri dan Badang sebagai nama menu pilihan supaya tidak ditelan zaman,” katanya.

Mohd Nazri yang pernah bertugas sebagai ketua eksekutif berkata, jenama itu menepati selera tempatan kerana menggabungkan konsep dari Afrika Selatan, Portugal, Asia Barat dan Malaysia.

Bagi penggemar nasi pula, hidangan ayam boleh dinikmati bersama Nasi Teja (Ayam), Nasi Mahsuri (Kambing), Nasi Santubong ( Ikan), Kombo Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir , Kasturi serta hirisan daging ikan segar.


ANTARA pelbagai menu istimewa dihidangkan jenama Chicken Royale, sesuai dimakan seisi keluarga dengan hidangan set disediakan.

INFO:

* Chicken Royale menggunakan 20 hingga 40 ekor ayam sehari

* 160 ekor bagi majlis katering

* Sasar membuka 100 cawangan dalam tempoh lima tahun.

* Operasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 11 malam.

* Menerima tempahan untuk sebarang majlis atau perayaan.

* Untuk tempahan, FB : www.facebook.com/CRchickenroyale

IG : instagram.com/chicken_royale

Website : www.chickenroyale.com.my

838 dibaca
Berita Harian X