Jumaat, 19 Julai 2019 | 6:00pm
Sajian istimewa terbaharu, Lamb Lover’s Platter.

Hidangan kambing istimewa di Tony Roma's

SUDAH tentu tekak terasa bosan dengan sajian ayam dan daging lembu yang dinikmati hampir setiap hari, lebih-lebih lagi sepanjang musim perayaan.

Membuka tirai dan menawarkan selera baharu buat pencinta daging kambing, restoran terkenal, Tony Roma’s memperkenalkan beberapa sajian enak lagi mengiurkan berasaskan daging kambing.

Menggabungkan pelbagai rasa – manis, masin, masam dan pedas di dalam mulut, sajian istimewa terbaharu, Lamb Lover’s Platter yang menyajikan tiga menu utama yang istimewa.

Dua ketul daging kambing bahagian bahu (lamb shoulder), dua tulang rusuk (lamb ribs) yang dipanggang bersama sos barbeku berasaskan plum dan madu. Disertakan juga lapan ketul daging kambing ala kebab (lamb cevapi) yang disajikan bersama sos istimewa dan halwa bawang merah.

Hidangan Lamb Lover’s Platter bertambah menarik apabila kepingan kentang rangup disertakan sebagai sajian pembuka selera. Kerepek kentang ini di hiris dan goreng segar untuk setiap permintaan. Dua pilihan perisa adalah Telur Masin Pedas (Spicy Salted Egg) atau Tomato Bersitrus (Citrus Tomato).

Menariknya, menu ini disediakan untuk dikongsi bersama pasangan namun usah bimbang kerana memang mengenyangkan. Bagaimanapun, bagi yang tidak mahu berkongsi, sajian itu boleh menikmati secara berasingan.

Uniknya mengenai sajian ini daging kambing terlebih dulu diperap sebelum dibakar bersama asap dan api perlahan bersama perasa barbeku bagi mengangkat aroma rasa yang memukau selera.

Teknik masakan sebegitu bagi memberi tekstur daging kambing yang enak, lembut walaupun berlemak. Selain itu, mendapat permintaan ramai.

Mengembalikan semula menu burger kambing yang turut menampilkan roti kambing (lamb flatbread) yang sarat dengan sos istimewa. Sambil menikmati sajian enak itu, basahkan tekak dengan mencuba minuman berkarbonat versi baharu iaitu strawberi float dan sarsaparilla float yang dilimpahi dengan rasa ais krim vanilla bagi mengurangkan rasa gas.

Sajian makan malam ataupun tengahari di restoran ini tidak mungkin lengkap tanpa mencuba kek coklat dan kek lobak yang dibawa kembali ke dalam menu atas permintaan ramai.

Sepotong kek coklat itu memberi pelbagai rasa enak kerana penghasilannya menggunakan empat jenis coklat manakala kek lobak pula menggunakan hirisan lobak segar yang dicurahkan diatas krim.

Penggemar sajian kambing adalah terhad pada tempoh sehingga 31 Ogos ini di Tony Roma’s seluruh negara. Selain itu, pelanggan boleh berpeluang memenangi hadiah istimewa dengan menyertai peraduan Cruch Tower Photo Contest.

INFO:

• 12 restoran Tony Roma’s seluruh negara

• Lamb Lover’s Platter: RM158.80

• Tawaran sah sehingga 31 Ogos 2019

445 dibaca
Berita Harian X