Jumaat, 30 Ogos 2019 | 5:09pm

Aneka sajian makanan laut penuhi selera pengunjung

HIDANGAN makanan laut, antara pilihan sajian digemari ramai. Rasa semula jadi manis udang, ikan, sotong, membuatkan ramai tidak jemu mencuba masakan laut biarpun menu penyediaan ringkas.

Bagi yang menyukainya, restoran The Manhattan Fish Market (MFM) pasti tempat ditujui kerana di situ disediakan makanan laut gaya Amerika disaji segar dan memenuhi selera sesiapa saja.

Tidak perlu risau sajiannya menjejaskan diet seseorang, kerana pelbagai menu sihat, ringkas boleh dinikmati golongan dewasa dan si kecil. Misalnya fish and hand cut chips boleh dimakan dengan gaya tersendiri.


ANTARA menu yang terdapat di The Manhattan Fish Market di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Foto - Syarafiq Abd Samad.

Menariknya, dengan berlapikkan kertas, pelbagai sos buatan sendiri boleh dimakan dengan tangan. Tidak perlu lagi bekas pencicah apabila kentang goreng itu bebas dicicah terus dari kertas.

Sempena penjenamaan 27 restoran itu di seluruh negara akan diberikan nafas dan sentuhan baharu dengan pengubahsuaian itu dimulakan di cawangan Wangsa Maju dan akan diteruskan ke restoran di lokasi lain.

MFM memperkenalkan menu inovatif kepada pelanggan yang gemarkan makanan sihat, sajian ringan dan menu kanak-kanak. Antara yang menariknya ialah fish and hand cut chips, dinikmati di atas keras kalis gris.


-ANTARA sajian digemari ramai. - Foto Syarafiq Abd Samad

Kentang goreng rangup itu mempunyai enam pilihan baru sos tartar seperti garlic herb, curry tartar, spicy grapefruit tartar, lime tartar, BBQ tartar and spicy tartar untuk memenuhi cita rasa semua.

Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, Dickson Low, berkata pengubahsuaian itu adalah sebahagian daripada usaha menampilkan wajah dan sentuhan serba baharu dengan ruang dalam lebih cerah dan ceria mencerminkan gaya hidup yang menyeronokkan.

“Ini sekali gus menggalakkan pengunjung bersantai dan menjamu selera bersama-sama. Suasana ini dilengkapi dengan menu baharu yang menawarkan pelbagai cita rasa menarik.

“Dengan itu, segmen makan secara santai dan kasual, bakal menjadi tarikan kepada pengunjung sekali gus mengukuhkan reputasi kita sebagai pakar makanan laut yang lazat, segar dan pelbagai,” katanya.

Sempena itu, pelancaran serba baharu cawangan MFM di Sunway Pyramid disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Bagi yang menggemari hidangan makanan laut, MFM mempunyai kepakaran tersendiri iaitu kaedah masakan berbeza, iaitu digoreng, direneh, digril, dibakar atau dipanggang api.


HIDANGAN gaya Amerika di The Manhattan Fish Market di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. - Foto Starafiq Abd Samad

Tidak perlu risau akan diet, kerana setiap sajian mempunyai piramid makanan seimbang dan diet sihat seperti kurang lemak serta minyak antara Signature Salmon Cubes Pasta, Manhattan Seafood Platter, Grilled Salmon ‘n Mash dan banyak lagi.

Antara yang menarik untuk dicuba Flaming Citrus Musroom Snipper Soup, iaitu kaedah dipanggang api menyala, menyerlahkan rasa makanan laut dan teknik mereneh berjaya mengekalkan kelembapan rasa serta aroma makanan.

Manakala, hidangan bergoreng seperti cendawan rangup dimakan, segar dan makanan bakar sesuai dengan pengamal diet tegar.


TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, Dickson Low (dua dari kanan) menunjukkan menu hidangan di The Manhattan Fish Market selepas majlis pengubahsuaian restoran berkenaan, baru-baru ini.

Info

* 27 cawangan The Manhattan Fish Market akan diubahsuai

* Empat cawangannya sudah diubah suai dengan yang pertama di Wangsa Maju.

* Sajian baharu dengan pilihan sos tartar bagi memenuhi cita rasa semua.

* Hidangan berasaskan makanan laut

* Rangkaian restoran antara di Thailand, Singapura, Indonesia, Qatar, Sri Lanka, Jepun, Jordan, India, Bangladesh, Oman dan Myanmar.

Berita Harian X