X
Ahad, 5 Januari 2020 | 10:00am
MAKANAN tradisional masyarakat Kadazandusun, nasi linopot.
MAKANAN tradisional masyarakat Kadazandusun, nasi linopot.

Sushi ulat sagu, menu pelik pikat pelancong

MENU seperti sushi ulat sagu, sushi butod dan beras Bario antara makanan yang mampu menarik perhatian ramai kerana mempunyai nama yang unik.

Malah nama menu itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa dan rasanya makanan.

Bagi masyarakat di Sabah, makanan terbabit tidak asing lagi dan begitu popular sebenarnya dalam kalangan etnik Kadazandusun, Sabah.

Itulah keunikan Negeri Di bawah Bayu ini, bukan sahaja mempunyai destinasi menarik, malah budaya dan makanannya juga mampu menggamit pelancong untuk meneroka.

Dinamakan sushi Butod (panggilan masyarakat Kadazandusun), umpamanya begitu enak apabila dimakan dengan linopot (nasi bungkus) yang menggunakan beras Bario.

Sushi Butod ini hanya lauk sampingan pula dihidangkan dalam set Bento merangkumi nasi linopot atau hinopot dilihat satu kelainan makanan yang perlu dicuba.

Antara lauknya pula adalah ikan atau ayam goreng, Kinoing om Hado Topuak (ikan masin black pepper), Hinava Tongii (ikan yang diperam dengan limau dan cili), sayur kacang goreng, telur masin, ulam-ulaman serta sambal belacan.

PENYELIA D’Place Kinabalu, Adikah Phan menunjukkan set Bento untuk dimakan seorang pengunjung.
PENYELIA D’Place Kinabalu, Adikah Phan menunjukkan set Bento untuk dimakan seorang pengunjung.

Nasi daun pokok hutan

Penyelia Restoran D’Place Kinabalu, Adikah Phan, berkata set Bento sering menjadi pilihan pelanggan yang datang di Kota Kinabalu kerana dianggap lengkap dikatakan semua yang diinginkan ada di situ.

Katanya, keistimewaan makanan ini ialah nasi yang dibungkus dengan daun pokok hutan akan mempunyai haruman yang enak dan sedap dimakan. Biasanya daun tarap menjadi pilihan, bagaimanapun ada juga daun lain digunakan.

“Set Bento kami jual RM25.90 dan air minuman terpulang kepada pelanggan,” katanya.

Biasanya beras yang digunakan untuk membuat linopot secara tradisinya adalah padi huma. Manakala tujuh jenis daun digunakan untuk membungkus beras yang tanak ialah "punti' (pisang), " timadang"(tarap) , "kobu", "tangag" , "longkobung" , "tarabak" , "tooropoi".

Nasi ini sebenarnya bukan diwarnakan, sebaliknya beras huma berwarna merah, ungu , perang dan biasa.

Adikah berkata, apabila nasi sudah sejuk, baunya menjadi harum dan enak dimakan tanpa lauk sekali pun.

“Di Sabah, daerah Ranau amat popular nasi linopot, bagaimanapun etnik di daerah lain turut memakan linopot. Menjadi hidangan popular pada perayaan kaamatan dan majlis perkahwinan.

“Enak kalau dicampur dengan ubi manis, ubi keledek atau ubi kayu,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X