Rabu, 2 Disember 2015 | 1:23pm

Kalang, Amirizdwan, Kuong Yong sah milik Terengganu


TIGA pemain tempatan mengikat kontrak untuk pasukan Terengganu, dari kiri; Joseph Kalang Tie, Amiridzwan Taj dan Yong Kuong Yong (kanan) untuk saingan Liga Super 2016 dalam Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Baharu Terengganu di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak,Kuala Nerus, hari ini. - Foto Aswadi Alias

KUALA NERUS: Tiga pemain skuad Harimau Malaya kini sah menjadi milik pasukan Terengganu.

Bekas pemain Sarawak, Joseph Kalang Tie; bekas pertahanan Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin dan pertahanan Pulau Pinang, Yong Kuong Yong menandatangani kontrak menyertai pasukan berkenaan di sini, sebentar tadi.

Mereka mengikat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PNSNT) selama setahun.

Majlis menandatangani kontrak ketiga-tiga pemain itu disaksikan oleh Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong dan Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ketua jurulatih, Ahmad Yusof.

Tiga pemain kebangsaan berkenaan mengisi kekosongan sembilan pemain yang digugurkan sebelum ini.

Berita Harian X