Isnin, 7 Disember 2015 | 1:55pm

Hujan punca buaian besar tumbang - Penganjur

ANGGOTA polis memeriksa buaian besar yang tumbang di tapak pesta ria di PD Waterfront, Port Dickson yang mengakibatkan tiga orang cedara tengah malam tadi. - Foto NSTP

PORT DICKSON: Penganjur pesta ria yang permainan buaian besar tumbang tengah malam tadi, mendakwa hujan lebat yang menyebabkan tanah tidak stabil menjadi punca kejadian itu.

Wakil syarikat terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, setiap kali sebelum pesta ria itu beroperasi, kakitangannya akan memeriksa setiap permainan di situ, termasuk buaian besar itu.

"Pemeriksaan dijalankan setiap petang bagi memastikan permainan yang disediakan dalam keadaan selamat untuk digunakan.

"Bagaimanapun, hujan lebat sebelum kejadian itu menyebabkan keadaan tanah menjadi tidak stabil dan mungkin menyebabkan tetulang utama yang menyokong permainan itu tidak stabil dan tumbang," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata, pesta ria itu diadakan sejak 1 November lalu hingga akhir bulan ini dan kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak beroperasi di sini, kira-kira 10 tahun lalu.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X