Rabu, 9 Disember 2015 | 1:57pm

5 wanita muda terima anugerah Puteri UMNO

IKON Wanita Muda 2015 (dari kiri) Ikon Seni Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, Ikon Keusahawanan Nur Hidayah Hassan, Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO yang diwakili Khalil Asry Rahim, Ikon Sukan Farah Ann Abdul Hadi dan Ikon Aktivis Dr Nur Ashiela Md Suhud bergambar pada Persidangan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lima wanita muda terpilih menerima Anugerah Ikon Wanita Muda Pergerakan Puteri UMNO, sebentar tadi atas sumbangan besar mereka dalam bidang masing-masing.

Pelakon, Sharifah Amani menerima anugerah kategori seni manakala atlet gimnas, Farah Ann Abdul Hadi memenangi kategori sukan.

Penerima lain ialah usahawan kasut dan pakaian, Nur Hidayah Hassan (kategori keusahawanan); pegawai perubatan bahagian kulit, Dr Nur Ashiela Md Suhud (kategori aktivis); dan Noorrizah Rahim (kategori khas).

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Perhimpunan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Berita Harian X