Sabtu, 12 Disember 2015 | 7:45am

Kedah lebih berhak jadi 'underdog'

PENOLONG jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno memberi arahan kepada pemain Kedah pada sesi latihan di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan
PENOLONG jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno memberi arahan kepada pemain Kedah pada sesi latihan di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan

SHAH ALAM: "Kami adalah pasukan Liga Perdana, jadi sudah tentu kami bukan pasukan pilihan pada perlawanan ini," kata penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno, mengenai peluang pasukannya menundukkan Selangor pada aksi final Piala Malaysia, malam ini.

Beliau berkata, pasukannya tidak mempunyai sebarang tekanan untuk membuktikan sesuatu pada final ini, tetapi akan menikmati perlawanan dan cuba untuk memenanginya. 

"Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat. Selangor pasukan Liga Super dan sudah kerap memenangi kejohanan ini.

"Namun, kami akan memberikan saingan dan kita lihat apa keputusannya nanti," katanya pada sidang media pengurus pasukan di Stadium Shah Alam, semalam. 

Marcote turut menegaskan, ketiadaan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe pada baki saingan Piala Malaysia tahun ini tidak membawa apa-apa perubahan kepada pasukan Kedah. 

Beliau menafikan kejayaan Kedah mara ke final adalah hasil sentuhannya, sebaliknya menegaskan ia adalah kejayaan pasukan yang dibentuk Cheng Hoe.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X