Sabtu, 12 Disember 2015 | 9:54am
KENDERAAN polis berada di Pusat Islam Palm Springs, California. - Foto AFP

Masjid dekat San Bernardino terbakar, disyaki perbuatan khianat

COACHELLA (California): Sebuah masjid di selatan California rosak dalam kebakaran, dengan pihak berkuasa mengesyaki ia perbuatan khianat.

Kebakaran berlaku selepas tengah hari di Pusat Islam Palm Springs, demikian menurut Jabatan Bomba Riverside County.

Api yang marak di sebuah bangunan kecil di lobi hadapan pusat Islam berkenaan bagaimanapun berjaya dikawal dan tiada dilaporkan cedera.

Orang ramai di tempat kejadian berkata, mereka terdengar letupan kuat disusuli api marak, kata pemangku iman masjid, Reymundo Nour, yang tidak berada di pusat itu ketika kejadian.

Jurucakap Jabatan Sheriff Riverside County bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada kejadian kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

"Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang dibantu pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti punca kebakaran," kata jurucakap Jabatan Sheriff Riverside County Laura Eimiller.

Masjid itu terleka kira-kira 120 kilometer dari tempat kejadian tembakan di San Bernardino, minggu lalu yang meragut 14 nyawa.

Pada November 2014, masjid itu pernah mencetuskan kejadian tembakan namun tiada kemalangan jiwa dan kes itu masih disiasat pihak berkuasa. - AP

Berita Harian X