Khamis, 9 Oktober 2014 | 12:31pm
MARSHAL perlumbaan memberi ruang kepada ambulan yang membawa Jules Bianchi sejurus perlumbaan GP Jepun dibatalkan akibat insiden ngeri itu, Ahad lalu. - Foto Reuters
MARSHAL perlumbaan memberi ruang kepada ambulan yang membawa Jules Bianchi sejurus perlumbaan GP Jepun dibatalkan akibat insiden ngeri itu, Ahad lalu. - Foto Reuters
MARSHAL perlumbaan dan doktor memberi bantuan kepada pelumba Perancis, Jules Bianchi sejurus kemalangan ngeri di GP Jepun di Litar Suzuka, Ahad lalu. Bianchi kekal kritikal namun berada dalam keadaan stabil ketika ini. - Foto EPA

F1: Batal GP Russia tidak bijak - Ecclestone

SOCHI: Hanya beberapa hari selepas insiden ngeri yang hampir meragut nyawa Jules Bianchi di Grand Prix (GP) Jepun, satu lagi kontroversi membayangi perlumbaan elit Formula Satu (F1) itu menjelang sesi ujian GP Russia yang dijadual esok.

Ketika pelumba berusia 25 tahun dari Perancis itu sedang bertarung nyawa di Yokkaichi, Jepun, perlumbaan F1 diteruskan di litar separuh jalan biasa yang dibina pada taman yang luas diwujudkan bagi menganjurkan temasya Olimpik Musim Sejuk 2014, Januari lalu.

PASUKAN penyelamat mengelilingi jentera pelumba Marussia, Jules Bianchi sejurus berdepan kemalangan ketika GP Jepun di Litar Suzuka, Ahad lalu. - Foto AP
PASUKAN penyelamat mengelilingi jentera pelumba Marussia, Jules Bianchi sejurus berdepan kemalangan ketika GP Jepun di Litar Suzuka, Ahad lalu. - Foto AP

Bagi kebanyakan pemerhati di dunia luar, kehadiran F1 di resort Lautan Hitam berhampiran sempadan Georgia itu sebagai sesuatu yang sinis oleh persatuan, penyokong Rusia dan Presidennya, Vladimir Putin terhadap tingkah lakunya dalam konflik di Crimea dan Ukraine tahun ini.

Namun bagi bos F1, Bernie Ecclestone, kritikan dan segala permohonan untuk membatalkan perlumbaan itu adalah sesuatu yang kurang bijak dan patut diabaikan.

"Kami gembira, penaja juga nampaknya gembira jadi kami akan meneruskannya," kata Ecclestone kepada The Times.

GAMBAR pelumba Perancis dan Marussia, Jules Bianchi ketika sidang media GP Jepun sebelum perlumbaan dijalankan. - Foto AFP
GAMBAR pelumba Perancis dan Marussia, Jules Bianchi ketika sidang media GP Jepun sebelum perlumbaan dijalankan. - Foto AFP

"Tiada siapa yang bercakap kepada saya mengenai perlumbaan ini atau memberitahu saya ia tidak boleh diteruskan. Sekatan itu tidak memberi kesan kepada kita dan apa yang kita lakukan tidak menyalahi undang-undang," katanya.

Pelumba pasukan Marussia yang berpangkalan di Russia, Bianchi berdepan kemalangan ngeri ketika pusingan ke-44 GP Jepun apabila jenteranya merempuh belakang traktor pengangkat di selekoh ketujuh di Litar Suzuka itu.

GAMBAR pelumba Perancis dan Marussia, Jules Bianchi ketika sidang media GP Jepun sebelum perlumbaan dijalankan. - Foto AFP
GAMBAR pelumba Perancis dan Marussia, Jules Bianchi ketika sidang media GP Jepun sebelum perlumbaan dijalankan. - Foto AFP

Menurut laporan dikeluarkan Persekutuan Automobil Antarabangsa, Bianchi gagal mengawal jenteranya sebelum melanggar traktor yang sedang mengeluarkan jentera pelumba Sauber, Andrian Sutil yang lebih awal berdepan kemalangan.

Keadaan litar ketika itu basah akibat hujan.

Sejurus kemalangan, Bianchi dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan akibat kecederaan di kepalanya namun terus kritikal sekalipun stabil. - AFP

Berita Harian X