Isnin, 14 Disember 2015 | 2:55pm

Penduduk Kampung Kala bantah pembalakan

PENDUDUK Kampung Kala, Gua Musang menunjukkan kawasan tadahan air bukit yang bakal musnah jika dijadikan kawasan pembalakan. - Foto Ramli Ibrahim
PENDUDUK Kampung Kala, Gua Musang menunjukkan kawasan tadahan air bukit yang bakal musnah jika dijadikan kawasan pembalakan. - Foto Ramli Ibrahim

GUA MUSANG: Lebih 300 penduduk di Kampung Kala di sini, bimbang kawasan tadahan air mereka terjejas, jika Jabatan Perhutanan Kelantan membenarkan pembalakan dijalankan di kawasan itu.

Penduduk mendakwa Jabatan Perhutanan akan meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk pembalakan di kawasan itu yang boleh menjejaskan tadahan air bersih daripada bukit di situ.

Seorang penduduk, Hashim Mohamad, 52, berkata penduduk kampung itu sudah sepakat untuk membuat bantahan kepada Jabatan Perhutanan dan menghalang sebarang aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Beliau berkata, tadahan air bukit di kawasan hutan simpan kekal Sungai Terah digunakan penduduk sejak 1980an sehingga sekarang kerana kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Katanya, tadahan air bukit itu adalah satu-satunya sumber air bersih yang digunakan penduduk dan bimbang jika pembalakan dibenarkan, ia akan memusnahkan kawasan itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X