Rabu, 16 Disember 2015 | 9:59am

Lelongan barangan peribadi Thatcher raih RM21.38j


ANTARA barangan Margaret Thatcher semasa penjualan di rumah lelongan Christie di London, Britain. - Foto EPA

LONDON: Lelongan barangan peribadi milik bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher mencapai jualan mencecah STG3.3 juta (RM21.38 juta), kata firma lelongan Christie.

Patung burung helang botak Amerika yang diberikan kepada Thatcher oleh rakan sekutu dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dijual pada harga tertinggi STG266,500 (RM1.7 juta) selepas lelongan dibuat secara perseorangan, menerusi online dan telefon.

Piring cenderahati yang tertulis kata-kata 'dengan ucapan penghargaan dari Ronald Reagan' pula dijual kepada seorang pembeli online dengan harga kira-kira STG8,000 (RM51,836).

Beg dokumen bekas perdana menteri berwarna merah adalah barangan lain yang turut mendapat harga yang tinggi apabila dijual dengan STG242,500 (RM1.5 juta).

Sementara itu, baju pengantin baldu biru Thatcher yang pada mulanya dianggarkan bernilai antara STG10,000 (RM64,795) dan STG15,000 (RM97,193), dilelong pada harga STG25,000 (RM161,989) kepada seorang pembeli di Oman. - AFP

Berita Harian X