Khamis, 17 Disember 2015 | 12:05am

Hukum mengasi haiwan


MAJLIS penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Rozlin Abdullah (empat dari kiri) bersama wakil penaja Oyoshi, Blow dan IGLOO-UFL.

SAYA ada membela kucing di rumah. Bolehkah saya mengasi haiwan peliharaan supaya ia tidak membiak sehingga mengganggu jiran tetangga?

Secara dasarnya, memudaratkan semua jenis haiwan sama ada yang diternak atau dipelihara di rumah dengan perbuatan tertentu tanpa sebarang keperluan adalah haram.

Perlu diketahui bahawa perbuatan mengasi haiwan terbahagi kepada dua keadaan.

Pertama, mengasi haiwan ternakan yang halal dimakan dagingnya. Keadaan kedua ialah mengasi haiwan peliharaan yang haram dimakan dagingnya. Kedua-dua keadaan di atas mempunyai hukum yang berbeza.

Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali telah bersepakat mengharuskan perbuatan itu terhadap haiwan ternakan yang boleh dimakan dagingnya seperti kambing, lembu dan kerbau.


MAZHAB Hanafi, Maliki dan Hanbali berpendapat mengasi haiwan peliharaan seperti kucing adalah makruh, manakala Mazhab Syafie mengharamkan perbuatan mengasi semua jenis haiwan peliharaan.

Hujah kepada pandangan ini ialah hadis diriwayatkan Ibn Majah bahawa Nabi SAW pernah mengorbankan tiga ekor kibas besar yang telah dikasi. (Telah disahihkan oleh al-Bani)

Namun, fuqaha saling berbeza pendapat berhubung hukum mengasi haiwan peliharaan yang haram dimakan dagingnya.

Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali berpendapat mengasi haiwan peliharaan seperti kucing adalah makruh. Jika tiada sebarang keperluan untuk berbuat demikian, maka adalah lebih baik (afdal) perbuatan itu tidak dilakukan.

Mazhab Syafie pula mengharamkan perbuatan mengasi semua jenis haiwan peliharaan.

Hujah Mazhab Syafie ialah hadis Ibn Umar yang mengatakan Nabi SAW melarang daripada perbuatan mengasi kuda.

Berita Harian X