Khamis, 17 Disember 2015 | 8:05pm
LEBUH raya DUKE turut memberikan potongan diskaun sebanyak 10 peratus bagi kenderaan Kelas 1. - Foto Abdullah Yusof

IJM, DUKE beri diskaun tol 10 peratus sempena Hari Natal

KUALA LUMPUR: Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol 10 peratus untuk kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya kendaliannya bersempena Hari Krismas.

Ketua Pegawai Operasinya, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata diskaun itu diberi pada dari jam 12.01 pagi 25 Disember hingga tengah malam kepada pengguna Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) (Plaza Tol Ampangan sahaja).

"Diskaun tol adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat kami bersempena Hari Natal dan kami menghargai sokongan berterusan pengguna lebih raya kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) turut memberikan potongan diskaun yang sama iaitu sebanyak 10 peratus bagi kenderaan Kelas 1 yang menggunakan bayaran elektronik (ETC) pada waktu dan tarikh yang sama.

"Ini adalah satu usaha DUKE bagi memeriahkan sambutan Hari Natal tahun ini," menurut kenyataan itu. -- BERNAMA

Berita Harian X