Jumaat, 18 Disember 2015 | 9:53am

Kanak-kanak 6 tahun disaman kes kemalangan ski

VIENNA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dituduh di mahkamah Austria kerana menyebabkan seorang wanita cedera parah akibat kemalangan itu ketika bermain ski.

Wanita terbabit menuntut ganti rugi berjumlah STG38,000 (RM178,000) di Feldkirch, barat Austria serta sebarang kos masa depan lain yang berkaitan dengan kemalangan itu.

Menurut mahkamah, ketika kejadian, wanita itu sedang menuju ke trek ski di resort Hochhaedrich dekat sempadan Switzerland apabila kanak-kanak itu berpusing dan menyebabkan mereka bertembung.

Seorang pakar bebas yang dilantik mahkamah memberi keterangan bahawa kedua-duanya tidak memberi perhatian dan oleh itu perlu sama-sama berkongsi kesalahan.

Lazimnya, kanak-kanak tidak didakwa dalam kes sivil di Austria namun plaintif menggunakan pengecualian undang-undang iaitu apabila kanak-kanak dapat mengenali akibat tindakannya. - AFP

Berita Harian X