Sabtu, 19 Disember 2015 | 12:30pm
HUJAN lebat di seluruh Filipina semalam memburukkan banjir yang sudah memaksa kerajaan mengisytiharkan 'bencana negara.' - Foto AFP

Korban Taufan Melor di Filipina terus meningkat

MANILA: Angka korban akibat Taufan Melor di Filipina meningkat kepada 41, ketika hujan lebat di seluruh Filipina semalam memburukkan banjir yang sudah memaksa kerajaan mengisytiharkan 'bencana negara.'

Menurut agensi cuaca kerajaan, ribut tropika yang semakin lemah di kawasan tekanan rendah membawa hujan ke tengah pulau Visayas dan Mindanao, pulau utama di selatan.

Angin monsun dingin bertiup dari timur laut yang membawa hujan ke Luzon, pulau utama di utara, yang menyaksikan sebahagian besar komuniti perladangan ditenggelami air separas pinggang akibat Taufan Melor, yang membadai negara itu pada awal minggu ini.

Kawasan yang dilanda Taufan Melor itu baru pulih daripada banjir disebabkan Taufan Koppu Oktober lalu. - AFP

Berita Harian X