Isnin, 21 Disember 2015 | 9:54am

Star Wars catat kutipan RM2.2b

FILEM Star Wars merekodkan pembukaan domestik terbesar dalam sejarah Hollywood. - Foto Reuters

LOS ANGELES: Siri terbaharu filem Star Wars menggegarkan rekod pecah panggung dengan kutipan kira-kira AS$517 juta (RM2.2 bilion) di seluruh dunia pada Ahad.

Ia adalah filem pertama francais itu dalam masa sedekad merekodkan pembukaan domestik terbesar dalam sejarah Hollywood yang berjaya mengutip AS$238 juta (RM1.02 bilion) hujung minggu lalu di Amerika Syarikat dan Kanada.

Star Wars: The Force Awakens itu turut mencipta rekod di Britain, Australia, Russia dan beberapa negara lain apabila peminat menonton lembaran baharu dalam pertarungan angkasa lepas antara pihak baik dan jahat.

Ribuan lagi menyertai pertandingan pedang 'lightsaber' yang diadakan di Los Angeles.

Presiden Barack Obama menamatkan sidang akhbar Jumaat lalu berkata, beliau perlu kembali untuk menyaksikan tayangan filem itu di Rumah Putih manakala calon presiden Democrat, Hillary Clinton menutup perbahasannya Sabtu lalu dengan berkata: "May the Force be with you.' - Reuters

Berita Harian X