Isnin, 21 Disember 2015 | 10:15am

91 hilang akibat tanah runtuh di China


ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan. - Foto Reuters

BEIJING: Sekurang-kurangnya 91 hilang, sehari selepas tanah runtuh menimbuskan berpuluh-puluh bangunan di zon perindustrian di bandar raya Shenzhen di selatan China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, bencana itu menimbus 33 bangunan di zon perindustrian di Shenzhen, pusat pengeluaran utama di wilayah Guangdong bersempadan Hong Kong.

Biro keselamatan awam Shenzhen menyiarkan notis secara online hari ini memberitahu sekurang-kurangnya 91 hilang. Tiada laporan kematian diterima.

Mengikut Xinhua yang memetik pakar pakar geologi di lokasi kejadian, kawasan seluas lebih 60,000 meter persegi ditimbuni lumpur hingga enam meter.

Timbalan Ketua Setiausaha kerajaan bandar Shenzhen, Li Yikang dalam sidang akhbar berkata, lebih 900 orang sudah dipindahkan dalam usaha menyelamat yang membabitkan hampir 1,500 orang. - AP

Berita Harian X