Selasa, 29 Disember 2015 | 5:33pm

Rangel kini sah milik JDT


BEKAS penyerang Terengganu, Paulo Rangel.

KUALA LUMPUR: Paulo Rangel, bekas penyerang Terengganu, sah menyarung jersi skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk cabaran Liga M musim depan.

Rangel yang baru tiba di Johor sebentar tadi disambut oleh penyokong Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Beliau yang dijangka mengisi posisi serangan JDT akan mula menjalani latihan kendalian Mario Gomez bersama pemain pasukan JDT yang lain pada awal bulan Januari nanti.

"Tiada kelab atau persatuan yang lebih hebat dan professional seperti JDT. JDT memiliki potensi besar, dan segala-galanya ada di sini.

"Setiap pemain, termasuk saya sendiri, impikan untuk bermain di sini. Saya amat teruja menjadi sebahagian projek bola sepak Johor, dan saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk JDT,'' kata Rangel.

Berita Harian X