Rabu, 30 Disember 2015 | 8:50am

Warga Nepal maut dilanggar komuter

 

SEORANG warga Nepal maut selepas tercampak hampir lima meter akibat dilanggar  KTM Komuter ketika melintas landasan berhampiran Stesen Setia Jaya menghala Klang.
SEORANG warga Nepal maut selepas tercampak hampir lima meter akibat dilanggar  KTM Komuter ketika melintas landasan berhampiran Stesen Setia Jaya menghala Klang.

PETALING JAYA: Seorang warga Nepal maut selepas tercampak hampir lima meter akibat dilanggar  KTM Komuter ketika melintas landasan berhampiran Stesen Setia Jaya menghala Klang, dekat sini, tengah malam tadi. 

 

Kejadian berlaku jam 12.35 tengah malam ketika mangsa, Gelje Sherpa, 30, dipercayai mahu melintas landasan komuter itu untuk pulang ke Pangsapuri Damai yang terletak berhampiran tempat kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

 

"Polis percaya mangsa mengguna jalan pintas di landasan komuter itu untuk pulang ke rumah sebelum dilanggar menyebabkan mangsa tercampak.

 

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X