Sabtu, 11 Oktober 2014 | 3:19pm
ANDERA Dovizioso dari Itali berkata sesuatu kepada jurutera pasukannya di garaj perlumbaan selepas sesi latihan bebas ketiga GP Jepun di Litar Twin Ring Motegi, hari ini. - Foto Reuters

MotoGP: Dovizioso rangkul petak utama GP Jepun

MOTEGI: Penunggang Itali, Andrea Dovizioso merangkul petak utama perlumbaan MotoGP Grand Prix Jepun yang menyaksikan pendahulu kejuaraan, Marc Marquez terus bergelut dengan masalah mekanikal untuk bermula di baris kedua.

Pelumba jentera Ducati itu mengesahkan petak pertama kedua sepanjang kariernya dalam keadaan litar kering dan akan berkongsi barisan depan bersama juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dari Yamaha.

Rakan sepasukan Marquez dari Honda, Dani Pedrosa melengkapkan barisan depan selepas mencatat masa ketiga terpantas.

AKSI pelumba MotoGP Ducati, Andrea Dovizioso ketika sesi latihan bebas ketiga GP Jepun di Litar Twin Ring Motegi, hari ini. - Foto Reuters

Dovizioso merakam masa 1 minit 44.502 saat, rekod baru di Litar Twin Ring Motegi dan memberikan petak pertama buat Ducati sejak kali terakhir meraihnya pada 2010.

Marquez yang mampu mengesahkan kejuaraan dunia lebih awal seandainya memenangi perlumbaan esok memulakan perlumbaan esok di petak keempat ketinggalan 0.273 saat.

Sekalipun gagal memenangi perlumbaan, pelumba Sepanyol itu masih mampu muncul juara seandainya menamatkan perlumbaan di atas Pedrosa dan bergantung kepada kedudukan terakhir perlumbaan nanti. - AFP

Kedudukan petak perlumbaan GP Jepun

MotoGP

1 Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 1min 44.502s

2 Valentino Rossi (ITA/Yamaha) +0.055s

3 Dani Pedrosa (ESP/Honda) +0.253s

4 Marc Marquez (ESP/Honda) +0.273s

5 Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) +0.282s

6 Andrea Iannone (ITA/Ducati Pramac) +0.352s

7 Pol Espargaro (ESP/Yamaha Tech3) +0.365s

8 Cal Crutchlow (GBR/Ducati) +0.396s

9 Stefan Bradl (GER/Honda-LCR) +0.503s

10 Bradley Smith (GBR/Yamaha Tech3) +0.542s

Berita Harian X