Rabu, 30 Disember 2015 | 9:44am

Mangsa banjir di Kuantan kekal 51

PENDUDUK Kampung Kempadang, Kuantan, Aniza Adam, 42, membersihkan rumahnya yang terjejas akibat banjir. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Banjir di Kuantan pagi ini tidak berubah dengan jumlah mangsa banjir kekal 51 orang daripada 11 keluarga sejak semalam.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang berkata setakat 8 pagi ini, semua mangsa dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kempadang, Berjaya Permai masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kempadang.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang memaklumkan setakat pagi ini, paras Sungai Belat di Sri Damai mencatatkan paras 3.81 meter melepasi paras amaran iaitu 3 meter.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut yang mencatatkan paras 48.25 meter berbanding paras amaran 48 meter. - BERNAMA

Berita Harian X