Sabtu, 2 Januari 2016 | 9:32am

Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan bergerak lancar setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Bhd, berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah dilaporkan terkawal.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata tiada kesesakan dilaporkan di lebuh raya utama lain khususnya di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X