Khamis, 7 Januari 2016 | 2:33pm
CAHAYA mata pertamanya, pelakon Hanez Suraya, Putri Aleesya.
CAHAYA mata pertamanya, pelakon Hanez Suraya, Putri Aleesya.

Hanez Suraya kongsi gambar si comel Putri Aleesya


CAHAYA mata pertamanya, pelakon Hanez Suraya, Putri Aleesya.

KUALA LUMPUR: Memberi nama ringkas, Putri Aleesya buat cahaya mata pertamanya, pelakon Hanez Suraya yang sedang berpantang, teruja berkongsi gambar sesi fotografi puteri sulungnya itu.

Pelakon yang popular dengan drama rantaian Love You Mr Arrogant itu berkongsi beberapa gambar terbaharu yang memaparkan aksi spontan Putri Aleesya.

Hanez menggunakan #putrialeesya dan #myprecious bagi setiap gambar yang dikongsi di laman Instagram.

Hanez berharap nama yang dipilih dapat menjadi pendukung dan anak perempuannya itu membesar seindah nama yang diberi.

Hanez selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada 9.48 malam secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 29 Disember lalu.

Pelakon jelita itu dan pasangannya, Romie Razin Adilha Abd Jais bernikah di Masjid Putra Putrajaya pada 14 Mac 2015.

Berita Harian X