Khamis, 7 Januari 2016 | 6:25pm
ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrolhisham Hashim (kiri) melawat salah seorang kanak-kanak Pra-sekolah SK Tualak yang mengalami keracunan makanan di Hospital Kuala Nerang. - Foto Danial Noordin
PUTRI Auni Najwa, 6, antara murid Pra-Sekolah SK Tualak yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang akibat keracunan makanan. - Foto Danial Noordin

16 murid pra SK Tualak keracunan makanan


MYA Sumayya Farha Saiful Zaharin,6, menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kuala Nerang setelah mengalami keracunan makanan bersama 17 rakan yang lain di Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang. - Foto Danial Noordin

ALOR SETAR: Lebih 10 murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) dekat sini, selepas muntah dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.

Murid berusia lima dan enam tahun sekolah itu mengalami gejala berkenaan selepas menikmati sarapan disediakan pihak sekolah pada jam 10 pagi semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata berdasarkan notifikasi diterima Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap jam 11 malam semalam, 50 pelajar prasekolah terdedah, namun hanya 16 daripada mereka mengalami gejala keracunan membabitkan demam, cirit-birit dan sakit perut.

"Sehingga jam 5 petang ini, 10 daripada 16 murid berkenaan mendapat rawatan di Unit Kecemasan HKN dengan tujuh dimasukkan ke wad, manakala tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar... seorang daripada mereka sudah dibenar pulang hari ini, manakala bakinya dilapor stabil.

"Susulan kejadian itu pemeriksaan dilakukan terhadap tahap kebersihan dapur Pra ekolah SK Tualak, namun ia dalam keadaan baik dan memuaskan... siasatan awal Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap mengesyaki keracunan makanan berpunca daripada daging yang digunakan untuk bahan masakan nasi goreng," katanya.

Dr Norhizan berkata, mereka yang terbabit dalam penyediaan makanan sudah diberi nasihat dan penerangan mengenai cara penyediaan makanan yang betul.

11 dibaca
Berita Harian X