Isnin, 11 Januari 2016 | 2:30pm

AWC raih kontrak pasang paip Menara Warisan RM61.95 Juta

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan pengurusan aset, AWC Bhd, memenangi sub kontrak bagi kerja pemasangan untuk Projek Menara KL 118 atau lebih dikenali sebagai Menara Warisan bernilai RM61.95 juta, menerusi anak syarikatnya Qudotech Sdn Bhd.

"Kontrak dari Samsung C&T Corporation UEM Construction JV Sdn Bhd itu akan siap pada Disember 2019," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Pada rehat tengah hari, harga saham AWC naik 2.5 sen kepada 45 sen dengan 29.12 juta saham diniagakan. - BERNAMA

Berita Harian X