Isnin, 11 Januari 2016 | 4:12pm

David Bowie meninggal dunia


LEGENDA muzik rock Britain, David Bowie. - Foto Reuters

NEW YORK: Legenda muzik rock Britain, David Bowie meninggal dunia, selepas 18 bulan menderita akibat barah.

Menurut Twitter rasmi dan akuan Facebook penyanyi ikonik berusia 69 tahun itu, dia menghembuskan nafas terakhir di kediamannya.

Wakilnya, Steve Martin, berkata Bowie meninggal dunia dalam keadaan tenang dikelilingi anggota keluarga.

"Walaupun ramai daripada anda akan berkongsi duka atas kehilangan ini, kami meminta anda menghormati situasi keluarganya dalam detik kesedihan sedang dilalui mereka," menurut kenyataan itu.

Bowie baru menyambut hari lahir ke 69 pada Jumaat - kebetulan pada hari sama beliau mengeluarkan album terbaharu "Blackstar". - AP

Berita Harian X