Rabu, 13 Januari 2016 | 8:10am
IKAN paus sperma terdampar di pantai. - Foto EPA
IKAN paus sperma terdampar di pantai. - Foto EPA

5 paus terdampar di pantai Belanda

THE HAGUE: Lima ikan paus sperma terdampar di pantai Belanda, menyebabkan pihak berkuasa tempatan meminta orang ramai supaya menjauhkan diri bagi mengelak tekanan tambahan terhadap haiwan mamalia itu.

"Lima ekor paus sperma terkandas di Texel petang ini. Hanya pihak yang berkenaan dibenarkan untuk mendekati haiwan itu bagi mengelak gangguan atau menyebabkan mereka tertekan," kata pihak berkuasa perbandaran di pulau kecil barat laut Belanda.

Seorang pakar paus berkata, peluang untuk ikan paus itu terus hidup tidak begitu tinggi.

"Haiwan ini sudah mengalami kerosakan teruk...dan dua daripadanya sudah dalam keadaan mengiring," kata pakar itu, Adrie Vonk.

Sebab mengapa paus itu terdampar di pantai tidak dapat dipastikan.

Paus sperma adalah pemangsa bergigi terbesar.

Panjangnya boleh mencecah sehingga 20 meter dan berat melebihi 50 tan. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X