Selasa, 14 Oktober 2014 | 5:47pm
ANGGOTA keluarga pemandu Marussia, Jules Bianchi yang terbabit kemalangan di GP Jepun tiba di Pusat Perubatan Umum Mie, Yokkaichi pada 10 Oktober lalu bagi mengikuti perkembangan Jules yang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. - Foto AFP
ANGGOTA keluarga pemandu Marussia, Jules Bianchi yang terbabit kemalangan di GP Jepun tiba di Pusat Perubatan Umum Mie, Yokkaichi pada 10 Oktober lalu bagi mengikuti perkembangan Jules yang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. - Foto AFP

F1: Jules Bianchi 'tidak akan mengalah' - Philippe

LONDON: Pemandu pasukan Marussia, Jules Bianchi "tidak akan mudah mengalah" untuk terus hidup walaupun berada dalam keadaan kritikal selepas kemalangan di Grand Prix Jepun, kata ayahnya, Phillipe.

Pemandu berusia 25 tahun dari Perancis itu mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala selepas jenteranya terbabit dalam satu pelanggaran ngeri dengan traktor di Litar Suzuka.

"Situasi itu tampak terdesak ketika ini," kata Philippe Bianchi. "Setiap kali telefon berbunyi, kami tahu ia mungkin dari hospital yang mahu memberitahu kami Jules sudah meninggal dunia.

"Dia tak akan menyerah mudah. Saya pasti....saya dapat lihat dan saya percaya."

Ketika dia di temubual akhbar Itali, La Gazzeta dello sport dia berkata: "Saya bercakap dengannya (Bianchi). Saya tahu dia mendengar saya memanggilnya."

"Doktor memberitahu kami bahawa ia suatu keajaiban, tiada siapa hidup selepas pelanggaran serius seperti ini. Tapi Jules tak akan menyerah."

Philippe menambah sokongan ditunjukkan semua pemandu Formula Satu (F1) yang lain amat menyentuh perasaan keluarga Bianchi.

Pemandu berkenaan berkumpul dan memegang bahu rakan-rakan di hadapan grid permulaan sebelum Grand Prix Russia, Ahad lalu sebagai tanda mengingati Bianchi dan mahu dia pulih. - BBC Sport

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X