Ahad, 24 Januari 2016 | 9:22am

Hodak kagum dengan semangat, visi TMJ


BEKAS Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak, menyifatkan semangat dan visi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim cukup berbeza berbanding individu lain dalam bola sepak Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya yang luas dalam arena bola sepak di negara ini, bangsa Johor nyata bertuah.

"Sepanjang kerjaya saya sebagai bekas pemain bola sepak dan jurulatih, visi dan semangatnya begitu sukar dipercayai.

"Saya menghabiskan banyak masa dengan beliau dan mendengar mengenai visi serta cintanya terhadap JDT.

"Perbezaan antara TMJ dan orang lain dalam bola sepak yang saya temui adalah pengetahuan dan sikapnya.

"Orang lain bercakap mengenai memenangi perlawanan dan trofi. Beliau pula bercakap mengenai membina empayar bola sepak dan meninggalkan warisan.

"Itulah dia. Cara berfikir yang berbeza," katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers.

Hodak turut mengucapkan tahniah untuk projek Bandar Sukan JDT.

Berita Harian X