Rabu, 15 Oktober 2014 | 3:27pm
ENTRI Najib di laman Twitter beliau, hari ini.
ENTRI Najib di laman Twitter beliau, hari ini.

Najib ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Jaafar Onn

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn, yang meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, malam tadi, akibat sakit tua.

"Saya diberi maklum bahawa Lt Jen Datuk Jaafar Onn, adik kepada (Perdana Menteri ketiga) Allahyarham Tun Hussein Onn, pulang ke rahmatullah pada 7.45 malam tadi.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah," kata Najib di laman Twitter beliau, hari ini.

Jaafar yang juga bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, 81, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Allahyarham, yang juga bapa saudara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua anak. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X