Selasa, 26 Januari 2016 | 12:04pm

Wanita maut lori dipandu abang rempuh treler


KEADAAN lori yang dinaiki mangsa remuk teruk setelah merempuh belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan di kilometer 70, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur. - Foto Ihsan Bomba

BIDOR: Seorang wanita maut selepas lori dipandu abangnya merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 70, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di pekan Bidor, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa, R Rishanthini, 18, yang duduk di kerusi penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata kemalangan itu membabitkan lori tiga tan yang dinaiki mangsa dan treler yang membawa muatan rod besi.

"Siasatan mendapati pemandu treler dalam perjalanan dari Selangor ke Sungai Petani, Kedah meletakkan kenderaannya di bahu jalan untuk berhenti makan sebelum dirempuh lori dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai seorang penumpang.

"Akibat rempuhan itu, penumpang lori berkenaan maut di tempat kejadian, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat," katanya.

13 dibaca
Berita Harian X