Jumaat, 29 Januari 2016 | 6:25pm

Saham Asia naik, yen lemah

SINGAPURA: Saham Asia melonjak dan yen terjejas selepas Bank Jepun mengejutkan pasaran pada Jumaat dengan menggunapakai kadar faedah negatif dalam langkah yang paling berani untuk merangsang ekonomi.

Spekulator meramalkan keceriaan itu akan merebak ke pasaran Eropah dengan FTSE 100 Britain dilihat dibuka 0.4 peratus lebih tinggi, DAX Jerman dijangka meningkat 0.5 peratus dan CAC 40 Perancis dilihat untung 0.6 peratus.

Yen jatuh secara menyeluruh dan hasil ke atas penanda aras bon kerajaan Jepun menjunam ke paras terendah selepas bank pusat Jepun berkata ia akan mengenakan caj 0.1 peratus untuk rizab berlebihan yang diletakkan dalam institusi itu, dasar agresif yang dipelopori oleh Bank Pusat Eropah.

"BOJ akan mengurangkan kadar faedah seterusnya dalam wilayah negatif jika dinilai seperti yang diperlukan," kata bank itu dalam satu kenyataan yang mengumumkan keputusan terbabit.

Langkah itu mengejutkan pelabur, kebanyakannya percaya pembuat dasar berkenaan terlalu berhati-hati yang pernah menerima pakai langkah radikal demikian. Reaksi mereka menghantar dolar melonjak kira-kira tiga yen kepada sesi yang tinggi iaitu 121.495. Kali terakhir ia meningkat 1.7 peratus pada 120.92 yen.

Kali terakhir dolar naik 0.4 peratus berbanding sekumpulan mata wang pada 98.885, walaupun masih turun kira-kira 0.7 peratus dalam minggu terbabit.

Euro susut kira-kira 0.2 peratus kepada AS$1.0913, di landasan yang betul untuk mendapat kira-kira 1.1 peratus bagi minggu ini.

Indeks saham Nikkei Jepun dalam tekanan selepas pengumuman sebelum ditamatkan naik 2.8 peratus, untuk menandakan keuntungan 3.3 peratus mingguan, manakala penanda aras 10 tahun hasil JGB mencecah paras terendah sebanyak 0.090 peratus.

"Yen akan bertambah perlahan dan saham boleh untung selepas BOJ susut hari ini, maka hasil bon jangka panjang kerajaan akan menghadapi kedua-dua tekanan bawah dan atas selepas langkah hari ini (semalam)," kata Ketua Strategi Pendapatan Tetap Barclays di Tokyo, Akito Fukunaga.

Langkah BOJ itu memberi peningkatan kepada bursa di seluruh rantau ini, walaupun ahli ekonomi di HSBC dan tempat lain ragu-ragu ia akan memberi rangsangan kepada ekonomi sebenar Jepun atau inflasi. - Reuters

Berita Harian X